Khamis, 3 Julai 2014

setelah sekian lama tak jengah laut, dapat turun ke rumah rakit pun jadilah..joran yang tersandar didinding seolah-olah bergoyang untuk dibawa ke laut. Ceritanya, bukan nak dapatkan ikan sangat tapi memancing ni boleh merawat jiwa gamaknya haa..caya tak?..sekali kali bawalah diri tu ke laut, jangan terjun laut sudahlah. Bersiap siap nak menancing pun dah rasa syok, bermula dengan persiapan mencari/membeli umpan, mata kail, batu ladung, box ikan penting tu dan lain-lain..lepas tu siap-siap nak bawa bekal untuk makan tengah hari atau makan malam..nak menempuh perjalanan yang kadang-kadang agak jauh dan melalui jalan-jalan yang mencabar masuk kampung jumpe estet macam-macam lagi la..cabaran-cabaran itulah yang membuat diri rasa tercabar dan terasa kepuasan jika melaui semuanya itu. walaupun akhirnya penat je yang dapat, namun kita sedia maklum yang kita ni bukan nelayan sepenuh masa yang wajib bawa pulang hasil. Apa pun terima kasih kepada semua nelayan diseluruh negara. To'Lee

Tiada ulasan:

..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)