Ahad, 22 Mei 2011

Memburu Sembilang




sedang ramai orang sedap2 tidur, tapi ada ramai lagi yang bersengkang mata dengan bebagai tujuan. Memancing sembilang..sembilang dikatakan gemar keluar mencari makan diwaktu malam, namun tidak dipastikan sebab2 yang kukuh boleh dikatakan disini mengapa MALAM ?..yang pasti memancing diwaktu malam sunggug mendamaikan dengan keadaan cuaca yang dingin dan keadaan yang tenang..namun ianya perlu mempunyai kesabaran yang kuat untuk terus menanti sentapan sembilang yang kadang2 tidak pasti bila akan mengena umpan..dan menahan dari gigitan nyamuk serta menahan ngatuk..uwaaa..!! Kemarin beberape ahli kelab sempat turun ke satu lokasi yang hampir iaitu sekitar pasir gudang, dan cuba menguji joran serta menguji kesabaran diri memancing diwaktu malam, walau bukan kali pertama ahli kelab turun memancing malam, keadaan disini ada bezanya. Memancing diwaktu malam haruslah berhati hati, banyak kemungkinan boleh berlaku jika kita lalai dalam menjaga keselamatan, rupa2nya bukan kami saja yang asik mengedap sembilang, ular air atau ular bakau pun turut mencari mangsa..perlu diingatkan ada ular yang peka dan megejar cahaya lampu yang disuluh kearahnya..maka berhati hatilah.

T0'Lee

Sabtu, 19 Mac 2011

Inilah hasilnya



Cuba anda bayangkan jika inilah hasilnya yang anda bawa pulang!! tentu isteri anda tak banyak tanya bila anda nak turun ke laut lagi..maka, usahakanlah supaya anda akan senang2 dapat keizinan untuk pergi..saya tahu caranya..hehe.
kata kawan2 ketika ini time ikan besar2 keluar, saya pun tak pasti apakah ini benar atau ada kesanya dengan tsunami di jepun.? Apa pun jika anda nak turun ke laut juga ketika ini, berhati-hatilah terutama di laut sebelah Timur Malaysia. pastikan keselamatan diri, ingatlah orang tersayang (macam pesanan penaja lak). sekarang ni pun, cuaca sangat tak menentu..sering hujan disebelah petang.Kepada kawan2 kelab joran, pastikan hari Keluarga kelab yang ke 2 terlaksana bulan hadapan.

Ulang Tahun Kelab Joran TMA yg ke 2.
Cadangan tarikh :17 April 2011
Tempat :Padang Futsal
Waktu : Jam 9.00 pagi

T0'Lee

Jumaat, 4 Mac 2011

Bot-bot sewa dan rumah rakit untuk memancing





Perkhidmatan sewa bot dan rumah rakit..selesa dan pasti anda puas hati..untuk tempahan, boleh hubungi :- 019-7411 789 (Pak Abu)

Khamis, 3 Mac 2011

joran joran kesayangan ku



sepanjang berkecimpung dalam bidang pancing memancing, kail mengail ni, inilah joran2 kesayanganku..jaga abis tu..setakat ni ikan terberat yg aku tewaskan, pari 3.2kg..emm itu pun dah puas hati hihi..

Ahad, 9 Januari 2011




8hb. jan. 2011 jam 5.15 ptg. aku dn enam org rakan lain sampai dijeti Pak Abu di kong kong laut, dalam daerah Johor Bahru Tengah Masai..dua orang rakan yang baru pertama kali turun ke laut teruja bila melihat deretan bot yang menanti penyewa2 untuk memancing. Aku sebagai ketua rombongan memancing rumah rakit mengarahkan rakan2 menurunkan barang2 serta peralatan memancing ke jeti, semantara aku beurusan dengan istri Pak Abu untuk membeli upan udang hidup serta ruat (sejenis cacing laut)..jam 5.35 ptg, dua bot telah membawa kami ke rumah rakit yang jaraknya dari jeti lebih kurang 3 KM ke arah muara sg. Johor. Angin petang yang menyusuk tubuh amat terasa hingga ke tulang, "baru teringt aku tak bawa baju tebat kerana malam mugkin lagi sejuk"..suasana rumah rakit amat tenang menati kehadiran kami..semua antara kami tidak langsung membuang masa untuk memulakan pembalingan pertama kedasar laut bagi menguji siapakah yang kenaa..hehehe. setelah setengah jam memancing, jeng jeng jeng..akulah orang pertama yang menaikan ikan gelama sebesar tiga jari kahkah..apa pun ia amat baik untuk memulakan pemancingan..ke dua angah setiausaha kelab dengan dagok seberat 250g..(hehe timbang ke?)..Malam berlabuh, dikaki langit mendung angin malam magkin dingin, hujan mula rintik2..ada antara kami resah sebab belom naik seekor ikan pun..namun jelas terbayang kepuasan berada dirumah rakit Pak Abu.

Penulis To"Lee

Ahad, 2 Januari 2011





walaupun angin kuat ketika ini, mancing tetap mancing huhu..(20 Dis. 2010) dapat x dpat blkang cerita..yg penting kepuasan n seronok.
..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)