Ahad, 24 Januari 2010

Tinjauan disana sini


Minggu lepas To'Lee sempat singgah disebuah kedai menjual peralatan memancing bersama seorang kawan, kedai tersebut yang terletak di 381, Jalan Pudu, Kuala Lumpur itu penuh dengan bebagai-bagai peralatan memancing dari joran hinggalah ke umpan yang dibuat dengan resepi dan diadun dengan perbagai bahan. Rata-rata pemancing yang berkunjung ke kedai tersbut terdiri dari pemancing dari sekitar lembah Klang, sama ada memancing di kolam komisel, tasik, lombong, dan sungai-sungai disekitarnya. To'Lee sempat bertemu dengan salah seorang memilik kedai tersebut iaitu Mr. Paul. Kepada yang ingin mencari peralatan memancing bolehlah singgah ke kedai
YONG TRADING STORE Tel: 03-9221 8814.

Tenang dan Damai




Tentu sekali kita akan merasa tenang dan damai jika melihat atau berada dalam suasana yang sungguh mendamaikan..jauh dari hiuk pikuk bandar dan keserabutan suasana dan fikiran dalam kita menjalankan kehidupan seharian. Memancing adalah suatu aktiviti terapi minda yang dapat menenangkan fikiran selain mendidik diri dalam kesabaran yang tinggi. Cubalah memancing..memancing bukan saja untuk mendapatankan ikan..ianya satu kepuasan dalam kesabaran
penulis : To'Lee

Kecundang lagi


semalam 24hb. jan. 2010 entah kali yang keberapa ahli kelab turun untuk melepas gian bagi merasakan tarikan siakap dan kerapu di Tg. Buai, namun beberap ahli kelab masih kencundang dan kempunan nak merasakan sentapan dan tarikan yang sudah pasti mencabar..ada yang terpakasa pulang lebih awal, mungkin dah bosan dan dah malas nak menunggu sat-sat mendebarkan itu..walau bagaimana pun masaih ada ahli kelab tetap sabar menati dan menati, akhirnya ini sajalah hasilnya..allhmdulilah namun kepuasan terpancar diwajah mereka..namun harus diakui inilah hakikatnya, nasib pemancing yang baru nak belajar, pengalaman saje lah yang memungkinkanya.
..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)