Jumaat, 30 Oktober 2009

Yes..makan time


IKAN KERAPU CENDAWAN KUKUS

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan kerapu
30 gm Buah tomato (dihiris)
5 gm lobak merah (dihiris)
5 gm Lada merah (dihiris)
5 gm Halia (dihiris)
50 gm Cendawan kering (direndam dan hiris)
60 ml Minyak bijan
50 ml Sos Tiram
40 gm Daun ketumbar
10 ml Kicap cair
1 sdt Madu
½ sdt Garam

Cara Cara

1. Ikan digaul bersama dengan minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam.
2. Masukkan lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , cendawan dan daun ketumbar.
3. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati, akhir sekali jerang air kukusan dan kukus ikan selama 20 minit.

Rabu, 28 Oktober 2009


setiausaha Kelab Joran dengan mangsanya waooww..beso tu macam orangnay jugak.

(Usman adalah ketua XPDC ke Sedili pada 8.5.2010

Isnin, 26 Oktober 2009

ikan pe ni..??


aku ni bukan kenal sangat ikan-ikan ni..tapi lepas ni aku akan catitkan nama ikan-ikan yang kita orang pancing dan akan aku senaraikan dalam blog ni.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Suara Laut


Cerita pasal pancing ni..aku pun bukanlah pandai sangat, tapi minat memancing tu memang ada..pancing ikan air tawar..ikan air masin..sungai, laut..menimba kat parit, menjaring semua tu aku dah rasa..cuma taklah sehebat macam kawan aku ni..setahun kurang-kurang 2 kali turun laut dalam..ikannya pun bukan kecik-kecik..kurang-kurang 4 kg seekor, pehh..bab-bab ni je aku lom rasa lagi..sebelum ni dengar je cerita orang..kalau ada rezeki bulan 5 ni, dapat gak aku turun laut dalam. Penah gak aku mancing laut dalam kat pulau pangkor, masa tu tak guna joran yang cangih2 ni, pakai lontar je tali dlm air, tapi dah lama dulu sampai pening2 kepala mabuk laut lah kata orang. kali ni nak turun sedili kat Kota Tinggi, harap jadi kenyataan hehe..masa tu kau orang tengok aku dukung layaran haha..tungguuuuuuu.(8-9 Mei 2010) Apa pun semua yang bakal dilalui ini adalah pengalaman yang tak harus aku lepaskan, 8 orang ahli kelab Joran TMA nak merasa macam mana peritnya jadi nelayan dan nak menyelami hati nurani seorang nelayan ni, sebab kita tau makan ikan yang dibeli kat pasar je, tapi tak tau macam mana kehidupan seorang nelayan..subuh2 dah turun ke laut, kadang2 tak balik sampai 2, 3 minggu..nasib xbaik xbalik terus..huuu cabul tol mulut aku ni..ha hasil yang diperolehi belum tentu setimpal dengan keringat yang tumpah ke laut. (hikhik mcm banyak je peluh kuar) Tentu ada insan yang mehargai pengorbanan mu si Nelayan. penulis : To'Lee

Khamis, 22 Oktober 2009


Hari keluarga Kelab Joran Taman Mount Austin telah di adakan pada 8.8.2009 bertempat di pantai Telok Kemang PD. N. Sembilan.
Aktiviti tersebut telah disertai oleh semua ahli kelab serta keluarga yang melibatkan anak-anak. Aturcara berjalan dengan penuh meriah dan mesra serta gelak ketawa..inilah program yang julung-julung kali kami anjurkan. Program berlangsung dari jam 9.30pg hingga 1.00ptg. aturcara seterusnya bertolak ke Melaka Bandar bersejarah. sampai di Johor Bahru lewat jam 9.30mlm. dan diakhiri dengan jamuan makan malam disebuah restoran seorang kawan.

kelab joran Taman Mount Austin telah ditubuhkan pada April 2009. Ianya telah diterajui beberapa orang ahli kelab iaitu Yusoff, Majid, Usman, Zakaria, Razak, Rosli Borhan dan Mazlan yang komited dan sangat berminat tentang memancing sambil beriadah, aktiviti ini juga melibatkan ahli keluarga masing-masing dan akhirnya tertubuhlah kelab Joran TMA. Kini beberapa rakan lagi akan turut serta menjadi ahli kelab.

"Buah cempedak diatas para
mari diletak dalam raga
kami budak baru nak cuba
laut dalam hendak diduga"
penulis : To'Lee
..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)