Jumaat, 30 Oktober 2009

Yes..makan time


IKAN KERAPU CENDAWAN KUKUS

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan kerapu
30 gm Buah tomato (dihiris)
5 gm lobak merah (dihiris)
5 gm Lada merah (dihiris)
5 gm Halia (dihiris)
50 gm Cendawan kering (direndam dan hiris)
60 ml Minyak bijan
50 ml Sos Tiram
40 gm Daun ketumbar
10 ml Kicap cair
1 sdt Madu
½ sdt Garam

Cara Cara

1. Ikan digaul bersama dengan minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam.
2. Masukkan lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , cendawan dan daun ketumbar.
3. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati, akhir sekali jerang air kukusan dan kukus ikan selama 20 minit.

Tiada ulasan:

..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)