Ahad, 9 Januari 2011




8hb. jan. 2011 jam 5.15 ptg. aku dn enam org rakan lain sampai dijeti Pak Abu di kong kong laut, dalam daerah Johor Bahru Tengah Masai..dua orang rakan yang baru pertama kali turun ke laut teruja bila melihat deretan bot yang menanti penyewa2 untuk memancing. Aku sebagai ketua rombongan memancing rumah rakit mengarahkan rakan2 menurunkan barang2 serta peralatan memancing ke jeti, semantara aku beurusan dengan istri Pak Abu untuk membeli upan udang hidup serta ruat (sejenis cacing laut)..jam 5.35 ptg, dua bot telah membawa kami ke rumah rakit yang jaraknya dari jeti lebih kurang 3 KM ke arah muara sg. Johor. Angin petang yang menyusuk tubuh amat terasa hingga ke tulang, "baru teringt aku tak bawa baju tebat kerana malam mugkin lagi sejuk"..suasana rumah rakit amat tenang menati kehadiran kami..semua antara kami tidak langsung membuang masa untuk memulakan pembalingan pertama kedasar laut bagi menguji siapakah yang kenaa..hehehe. setelah setengah jam memancing, jeng jeng jeng..akulah orang pertama yang menaikan ikan gelama sebesar tiga jari kahkah..apa pun ia amat baik untuk memulakan pemancingan..ke dua angah setiausaha kelab dengan dagok seberat 250g..(hehe timbang ke?)..Malam berlabuh, dikaki langit mendung angin malam magkin dingin, hujan mula rintik2..ada antara kami resah sebab belom naik seekor ikan pun..namun jelas terbayang kepuasan berada dirumah rakit Pak Abu.

Penulis To"Lee

Tiada ulasan:

..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)