Lokasi memancing : Muara Sg. Johor, Kongkong Laut, Pulau Layang Tg.Buai, Telok sengat dan Tg. Surat. Ahli kelab : Wak Yusoff, Tok'Lee, Majid, Wak Jai, Angah, Ajak, Lan cikgu, wak Bon dan Tajol
Selasa, 25 Jun 2013
Jaga2 Jerebu-mancing tetap mancing
waslam..diharapkan semua tuan, puan, abang adik dan kakak sihat-sihat dalam meghadapi cuaca yg kurang selesa dalam seminggu ni..apa pun aktivit memancing masih diteruskan lagi oleh beberape ahli kelab.
saya minta maaflah kerana tidak mengedit blog ni sejak sekian lama, maklulah..laut lagikan ada pasang dan surut, ini kan kita yang kadang2 ada malasnya hihi..apa pun tuggu seminggu dua lagi saya aktifkan semula kita sembang pasal pancing. kepada rakan2 yg berhampiran kalau nak beli joran/reel murah2 boleh hubungi saya (019-3232 852- To'Lee)lokasi sekitar Taman Daya, setia Indah JP Perdana, Tmn. MounT Austin, Desa Tebrau, Pelangi Indah dan Tmn. Desa Jaya. t.kasih
Selasa, 29 Mei 2012
Rumah Rakit TITIAN JAYA ala Resort
Sesekali lepak dirumah rakit sambil memancing amat menyeronokan, tapi tidaklah mejanjikan hasil pancingan yang selalu pemancing harapkan. Namun rumah rakit ala resort ini amat sesuai bagi kita serta keluarga untuk beriadah sambil makan-makan, makanan boleh kita pesan dari restoran yang ada menyediakan makanan laut segar terus dari sangkar, dan kita juga boleh bermalam di atas rumah rakit tersebut dengan kadar bayaran yang berpatutan.kepada yang berminat kunjungilah Rumah Kakit Titian Jaya Kongkong Masai. untuk tempahan sila HUBUNGI (013-7667444 - Borhan)
(017-9947566)
To' Lee
Ahad, 22 Mei 2011
Memburu Sembilang
sedang ramai orang sedap2 tidur, tapi ada ramai lagi yang bersengkang mata dengan bebagai tujuan. Memancing sembilang..sembilang dikatakan gemar keluar mencari makan diwaktu malam, namun tidak dipastikan sebab2 yang kukuh boleh dikatakan disini mengapa MALAM ?..yang pasti memancing diwaktu malam sunggug mendamaikan dengan keadaan cuaca yang dingin dan keadaan yang tenang..namun ianya perlu mempunyai kesabaran yang kuat untuk terus menanti sentapan sembilang yang kadang2 tidak pasti bila akan mengena umpan..dan menahan dari gigitan nyamuk serta menahan ngatuk..uwaaa..!! Kemarin beberape ahli kelab sempat turun ke satu lokasi yang hampir iaitu sekitar pasir gudang, dan cuba menguji joran serta menguji kesabaran diri memancing diwaktu malam, walau bukan kali pertama ahli kelab turun memancing malam, keadaan disini ada bezanya. Memancing diwaktu malam haruslah berhati hati, banyak kemungkinan boleh berlaku jika kita lalai dalam menjaga keselamatan, rupa2nya bukan kami saja yang asik mengedap sembilang, ular air atau ular bakau pun turut mencari mangsa..perlu diingatkan ada ular yang peka dan megejar cahaya lampu yang disuluh kearahnya..maka berhati hatilah.
T0'Lee
Selasa, 17 Mei 2011
Sabtu, 19 Mac 2011
Inilah hasilnya

Cuba anda bayangkan jika inilah hasilnya yang anda bawa pulang!! tentu isteri anda tak banyak tanya bila anda nak turun ke laut lagi..maka, usahakanlah supaya anda akan senang2 dapat keizinan untuk pergi..saya tahu caranya..hehe.
kata kawan2 ketika ini time ikan besar2 keluar, saya pun tak pasti apakah ini benar atau ada kesanya dengan tsunami di jepun.? Apa pun jika anda nak turun ke laut juga ketika ini, berhati-hatilah terutama di laut sebelah Timur Malaysia. pastikan keselamatan diri, ingatlah orang tersayang (macam pesanan penaja lak). sekarang ni pun, cuaca sangat tak menentu..sering hujan disebelah petang.Kepada kawan2 kelab joran, pastikan hari Keluarga kelab yang ke 2 terlaksana bulan hadapan.
Ulang Tahun Kelab Joran TMA yg ke 2.
Cadangan tarikh :17 April 2011
Tempat :Padang Futsal
Waktu : Jam 9.00 pagi
T0'Lee
Jumaat, 4 Mac 2011
Bot-bot sewa dan rumah rakit untuk memancing
Khamis, 3 Mac 2011
joran joran kesayangan ku
Ahad, 9 Januari 2011



8hb. jan. 2011 jam 5.15 ptg. aku dn enam org rakan lain sampai dijeti Pak Abu di kong kong laut, dalam daerah Johor Bahru Tengah Masai..dua orang rakan yang baru pertama kali turun ke laut teruja bila melihat deretan bot yang menanti penyewa2 untuk memancing. Aku sebagai ketua rombongan memancing rumah rakit mengarahkan rakan2 menurunkan barang2 serta peralatan memancing ke jeti, semantara aku beurusan dengan istri Pak Abu untuk membeli upan udang hidup serta ruat (sejenis cacing laut)..jam 5.35 ptg, dua bot telah membawa kami ke rumah rakit yang jaraknya dari jeti lebih kurang 3 KM ke arah muara sg. Johor. Angin petang yang menyusuk tubuh amat terasa hingga ke tulang, "baru teringt aku tak bawa baju tebat kerana malam mugkin lagi sejuk"..suasana rumah rakit amat tenang menati kehadiran kami..semua antara kami tidak langsung membuang masa untuk memulakan pembalingan pertama kedasar laut bagi menguji siapakah yang kenaa..hehehe. setelah setengah jam memancing, jeng jeng jeng..akulah orang pertama yang menaikan ikan gelama sebesar tiga jari kahkah..apa pun ia amat baik untuk memulakan pemancingan..ke dua angah setiausaha kelab dengan dagok seberat 250g..(hehe timbang ke?)..Malam berlabuh, dikaki langit mendung angin malam magkin dingin, hujan mula rintik2..ada antara kami resah sebab belom naik seekor ikan pun..namun jelas terbayang kepuasan berada dirumah rakit Pak Abu.
Penulis To"Lee
Ahad, 2 Januari 2011
Ahad, 26 Disember 2010
aku datang lagi
minggu lepas sempat juga aku turun ke laut wlpun dlm kesibukan waktu, namun aku tak lepaskan peluang dlm masa2 yg terluang ini. kali ini aku smpt turun ke rumah rakit pak abu di kong kong, lokasi rumah rakit tu mmang baik mcm2 ikan ada. selain mmancing rupa2nya ada ketenangan minda yg boleh kita dapati..pehhh dah lama tak kena angin laut, lapang rasanya kepala otak ni huk3..sekiranya ada waktu pasti aku kemari lagi kerana disini ada kenangan yg terindah buat ku.
Ahad, 24 Januari 2010
Tinjauan disana sini
Minggu lepas To'Lee sempat singgah disebuah kedai menjual peralatan memancing bersama seorang kawan, kedai tersebut yang terletak di 381, Jalan Pudu, Kuala Lumpur itu penuh dengan bebagai-bagai peralatan memancing dari joran hinggalah ke umpan yang dibuat dengan resepi dan diadun dengan perbagai bahan. Rata-rata pemancing yang berkunjung ke kedai tersbut terdiri dari pemancing dari sekitar lembah Klang, sama ada memancing di kolam komisel, tasik, lombong, dan sungai-sungai disekitarnya. To'Lee sempat bertemu dengan salah seorang memilik kedai tersebut iaitu Mr. Paul. Kepada yang ingin mencari peralatan memancing bolehlah singgah ke kedai
YONG TRADING STORE Tel: 03-9221 8814.
Tenang dan Damai
Tentu sekali kita akan merasa tenang dan damai jika melihat atau berada dalam suasana yang sungguh mendamaikan..jauh dari hiuk pikuk bandar dan keserabutan suasana dan fikiran dalam kita menjalankan kehidupan seharian. Memancing adalah suatu aktiviti terapi minda yang dapat menenangkan fikiran selain mendidik diri dalam kesabaran yang tinggi. Cubalah memancing..memancing bukan saja untuk mendapatankan ikan..ianya satu kepuasan dalam kesabaran
penulis : To'Lee
Kecundang lagi
semalam 24hb. jan. 2010 entah kali yang keberapa ahli kelab turun untuk melepas gian bagi merasakan tarikan siakap dan kerapu di Tg. Buai, namun beberap ahli kelab masih kencundang dan kempunan nak merasakan sentapan dan tarikan yang sudah pasti mencabar..ada yang terpakasa pulang lebih awal, mungkin dah bosan dan dah malas nak menunggu sat-sat mendebarkan itu..walau bagaimana pun masaih ada ahli kelab tetap sabar menati dan menati, akhirnya ini sajalah hasilnya..allhmdulilah namun kepuasan terpancar diwajah mereka..namun harus diakui inilah hakikatnya, nasib pemancing yang baru nak belajar, pengalaman saje lah yang memungkinkanya.
Jumaat, 18 Disember 2009
Dari sebuah kampung yang damai..
Mula-mula aku sampai.. hampir2 jadi beruk dek tekejut..
Hampir 80ekor haruan yang bersaiz lengan dewasa..
Makanan kegemaran ikan2 ni.. Mee Goreng Extra Pedas.. 2kg sehari..
Layann...
Rabu, 16 Disember 2009
Misi menawan ikan air tawar
Setelah meredah perjalanan selama 4jam dalam ladang kelapa sawit..
aku hampa.. malam tadi hujan di hulu sungai..


Aku akan datang lagi..
Khamis, 12 November 2009
cuaca tak mengizinkan
Nampaknya aktiviti memancing agak terjejas sikit sejak 2 minggu lalu, ahli kelab pun dah mula gelisah sebab tak dapat turun laut..rindu rasanya dengan tarikan siakap, duri dan kerapu..hehe ye ke..!! tapi apa boleh buat, walau macam mana pun kena sabarlah kan..kalau nak turun ke laut juga kena la hati-hati jaga keselamatan..pastikan ciri-ciri keselamatan dulu..untuk trip lepas gian minggu ni pada 22/11/2009 lokasi muara sg. Johor (Nam Heng)yang diketuai oleh adr. Zack gendud hikhik jgn maree ehh nti kena jual..ok bro natikan hasilnya.
To'Lee :bawak joran je
Isnin, 2 November 2009
Jumaat, 30 Oktober 2009
Yes..makan time

IKAN KERAPU CENDAWAN KUKUS
Bahan-Bahan
1 ekor Ikan kerapu
30 gm Buah tomato (dihiris)
5 gm lobak merah (dihiris)
5 gm Lada merah (dihiris)
5 gm Halia (dihiris)
50 gm Cendawan kering (direndam dan hiris)
60 ml Minyak bijan
50 ml Sos Tiram
40 gm Daun ketumbar
10 ml Kicap cair
1 sdt Madu
½ sdt Garam
Cara Cara
1. Ikan digaul bersama dengan minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam.
2. Masukkan lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , cendawan dan daun ketumbar.
3. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati, akhir sekali jerang air kukusan dan kukus ikan selama 20 minit.
Langgan:
Catatan (Atom)








hahh.. pilih yang mana satu.. nak merempit pun boleh..






