Ahad, 26 Disember 2010

aku datang lagi

minggu lepas sempat juga aku turun ke laut wlpun dlm kesibukan waktu, namun aku tak lepaskan peluang dlm masa2 yg terluang ini. kali ini aku smpt turun ke rumah rakit pak abu di kong kong, lokasi rumah rakit tu mmang baik mcm2 ikan ada. selain mmancing rupa2nya ada ketenangan minda yg boleh kita dapati..pehhh dah lama tak kena angin laut, lapang rasanya kepala otak ni huk3..sekiranya ada waktu pasti aku kemari lagi kerana disini ada kenangan yg terindah buat ku.

Ahad, 24 Januari 2010

Tinjauan disana sini


Minggu lepas To'Lee sempat singgah disebuah kedai menjual peralatan memancing bersama seorang kawan, kedai tersebut yang terletak di 381, Jalan Pudu, Kuala Lumpur itu penuh dengan bebagai-bagai peralatan memancing dari joran hinggalah ke umpan yang dibuat dengan resepi dan diadun dengan perbagai bahan. Rata-rata pemancing yang berkunjung ke kedai tersbut terdiri dari pemancing dari sekitar lembah Klang, sama ada memancing di kolam komisel, tasik, lombong, dan sungai-sungai disekitarnya. To'Lee sempat bertemu dengan salah seorang memilik kedai tersebut iaitu Mr. Paul. Kepada yang ingin mencari peralatan memancing bolehlah singgah ke kedai
YONG TRADING STORE Tel: 03-9221 8814.

Tenang dan Damai




Tentu sekali kita akan merasa tenang dan damai jika melihat atau berada dalam suasana yang sungguh mendamaikan..jauh dari hiuk pikuk bandar dan keserabutan suasana dan fikiran dalam kita menjalankan kehidupan seharian. Memancing adalah suatu aktiviti terapi minda yang dapat menenangkan fikiran selain mendidik diri dalam kesabaran yang tinggi. Cubalah memancing..memancing bukan saja untuk mendapatankan ikan..ianya satu kepuasan dalam kesabaran
penulis : To'Lee

Kecundang lagi


semalam 24hb. jan. 2010 entah kali yang keberapa ahli kelab turun untuk melepas gian bagi merasakan tarikan siakap dan kerapu di Tg. Buai, namun beberap ahli kelab masih kencundang dan kempunan nak merasakan sentapan dan tarikan yang sudah pasti mencabar..ada yang terpakasa pulang lebih awal, mungkin dah bosan dan dah malas nak menunggu sat-sat mendebarkan itu..walau bagaimana pun masaih ada ahli kelab tetap sabar menati dan menati, akhirnya ini sajalah hasilnya..allhmdulilah namun kepuasan terpancar diwajah mereka..namun harus diakui inilah hakikatnya, nasib pemancing yang baru nak belajar, pengalaman saje lah yang memungkinkanya.

Jumaat, 18 Disember 2009

Dari sebuah kampung yang damai..

Mula-mula aku sampai.. hampir2 jadi beruk dek tekejut..

Hampir 80ekor haruan yang bersaiz lengan dewasa..

Makanan kegemaran ikan2 ni.. Mee Goreng Extra Pedas.. 2kg sehari..

Layann...

Rabu, 16 Disember 2009

Nak sewa bot bang...

hahh.. pilih yang mana satu.. nak merempit pun boleh..

takut kalah pilih yang tu jer.. hahaha

Misi menawan ikan air tawar

Setelah meredah perjalanan selama 4jam dalam ladang kelapa sawit..

aku hampa.. malam tadi hujan di hulu sungai..

Aku akan datang lagi..

Khamis, 12 November 2009

cuaca tak mengizinkan


Nampaknya aktiviti memancing agak terjejas sikit sejak 2 minggu lalu, ahli kelab pun dah mula gelisah sebab tak dapat turun laut..rindu rasanya dengan tarikan siakap, duri dan kerapu..hehe ye ke..!! tapi apa boleh buat, walau macam mana pun kena sabarlah kan..kalau nak turun ke laut juga kena la hati-hati jaga keselamatan..pastikan ciri-ciri keselamatan dulu..untuk trip lepas gian minggu ni pada 22/11/2009 lokasi muara sg. Johor (Nam Heng)yang diketuai oleh adr. Zack gendud hikhik jgn maree ehh nti kena jual..ok bro natikan hasilnya.


To'Lee :bawak joran je

Isnin, 2 November 2009

Jumaat, 30 Oktober 2009

Yes..makan time


IKAN KERAPU CENDAWAN KUKUS

Bahan-Bahan
1 ekor Ikan kerapu
30 gm Buah tomato (dihiris)
5 gm lobak merah (dihiris)
5 gm Lada merah (dihiris)
5 gm Halia (dihiris)
50 gm Cendawan kering (direndam dan hiris)
60 ml Minyak bijan
50 ml Sos Tiram
40 gm Daun ketumbar
10 ml Kicap cair
1 sdt Madu
½ sdt Garam

Cara Cara

1. Ikan digaul bersama dengan minyak bijan, sos tiram, kicap cair, madu dan garam.
2. Masukkan lobak merah, lada merah, buah tomato, halia muda , cendawan dan daun ketumbar.
3. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati, akhir sekali jerang air kukusan dan kukus ikan selama 20 minit.

Rabu, 28 Oktober 2009


setiausaha Kelab Joran dengan mangsanya waooww..beso tu macam orangnay jugak.

(Usman adalah ketua XPDC ke Sedili pada 8.5.2010

Isnin, 26 Oktober 2009

ikan pe ni..??


aku ni bukan kenal sangat ikan-ikan ni..tapi lepas ni aku akan catitkan nama ikan-ikan yang kita orang pancing dan akan aku senaraikan dalam blog ni.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Suara Laut


Cerita pasal pancing ni..aku pun bukanlah pandai sangat, tapi minat memancing tu memang ada..pancing ikan air tawar..ikan air masin..sungai, laut..menimba kat parit, menjaring semua tu aku dah rasa..cuma taklah sehebat macam kawan aku ni..setahun kurang-kurang 2 kali turun laut dalam..ikannya pun bukan kecik-kecik..kurang-kurang 4 kg seekor, pehh..bab-bab ni je aku lom rasa lagi..sebelum ni dengar je cerita orang..kalau ada rezeki bulan 5 ni, dapat gak aku turun laut dalam. Penah gak aku mancing laut dalam kat pulau pangkor, masa tu tak guna joran yang cangih2 ni, pakai lontar je tali dlm air, tapi dah lama dulu sampai pening2 kepala mabuk laut lah kata orang. kali ni nak turun sedili kat Kota Tinggi, harap jadi kenyataan hehe..masa tu kau orang tengok aku dukung layaran haha..tungguuuuuuu.(8-9 Mei 2010) Apa pun semua yang bakal dilalui ini adalah pengalaman yang tak harus aku lepaskan, 8 orang ahli kelab Joran TMA nak merasa macam mana peritnya jadi nelayan dan nak menyelami hati nurani seorang nelayan ni, sebab kita tau makan ikan yang dibeli kat pasar je, tapi tak tau macam mana kehidupan seorang nelayan..subuh2 dah turun ke laut, kadang2 tak balik sampai 2, 3 minggu..nasib xbaik xbalik terus..huuu cabul tol mulut aku ni..ha hasil yang diperolehi belum tentu setimpal dengan keringat yang tumpah ke laut. (hikhik mcm banyak je peluh kuar) Tentu ada insan yang mehargai pengorbanan mu si Nelayan. penulis : To'Lee

Khamis, 22 Oktober 2009


Hari keluarga Kelab Joran Taman Mount Austin telah di adakan pada 8.8.2009 bertempat di pantai Telok Kemang PD. N. Sembilan.
Aktiviti tersebut telah disertai oleh semua ahli kelab serta keluarga yang melibatkan anak-anak. Aturcara berjalan dengan penuh meriah dan mesra serta gelak ketawa..inilah program yang julung-julung kali kami anjurkan. Program berlangsung dari jam 9.30pg hingga 1.00ptg. aturcara seterusnya bertolak ke Melaka Bandar bersejarah. sampai di Johor Bahru lewat jam 9.30mlm. dan diakhiri dengan jamuan makan malam disebuah restoran seorang kawan.

kelab joran Taman Mount Austin telah ditubuhkan pada April 2009. Ianya telah diterajui beberapa orang ahli kelab iaitu Yusoff, Majid, Usman, Zakaria, Razak, Rosli Borhan dan Mazlan yang komited dan sangat berminat tentang memancing sambil beriadah, aktiviti ini juga melibatkan ahli keluarga masing-masing dan akhirnya tertubuhlah kelab Joran TMA. Kini beberapa rakan lagi akan turut serta menjadi ahli kelab.

"Buah cempedak diatas para
mari diletak dalam raga
kami budak baru nak cuba
laut dalam hendak diduga"
penulis : To'Lee
..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)