Khamis, 3 Julai 2014

setelah sekian lama tak jengah laut, dapat turun ke rumah rakit pun jadilah..joran yang tersandar didinding seolah-olah bergoyang untuk dibawa ke laut. Ceritanya, bukan nak dapatkan ikan sangat tapi memancing ni boleh merawat jiwa gamaknya haa..caya tak?..sekali kali bawalah diri tu ke laut, jangan terjun laut sudahlah. Bersiap siap nak menancing pun dah rasa syok, bermula dengan persiapan mencari/membeli umpan, mata kail, batu ladung, box ikan penting tu dan lain-lain..lepas tu siap-siap nak bawa bekal untuk makan tengah hari atau makan malam..nak menempuh perjalanan yang kadang-kadang agak jauh dan melalui jalan-jalan yang mencabar masuk kampung jumpe estet macam-macam lagi la..cabaran-cabaran itulah yang membuat diri rasa tercabar dan terasa kepuasan jika melaui semuanya itu. walaupun akhirnya penat je yang dapat, namun kita sedia maklum yang kita ni bukan nelayan sepenuh masa yang wajib bawa pulang hasil. Apa pun terima kasih kepada semua nelayan diseluruh negara. To'Lee

Selasa, 25 Jun 2013

Jaga2 Jerebu-mancing tetap mancing

waslam..diharapkan semua tuan, puan, abang adik dan kakak sihat-sihat dalam meghadapi cuaca yg kurang selesa dalam seminggu ni..apa pun aktivit memancing masih diteruskan lagi oleh beberape ahli kelab. saya minta maaflah kerana tidak mengedit blog ni sejak sekian lama, maklulah..laut lagikan ada pasang dan surut, ini kan kita yang kadang2 ada malasnya hihi..apa pun tuggu seminggu dua lagi saya aktifkan semula kita sembang pasal pancing. kepada rakan2 yg berhampiran kalau nak beli joran/reel murah2 boleh hubungi saya (019-3232 852- To'Lee)lokasi sekitar Taman Daya, setia Indah JP Perdana, Tmn. MounT Austin, Desa Tebrau, Pelangi Indah dan Tmn. Desa Jaya. t.kasih

Selasa, 29 Mei 2012

Rumah Rakit TITIAN JAYA ala Resort

Sesekali lepak dirumah rakit sambil memancing amat menyeronokan, tapi tidaklah mejanjikan hasil pancingan yang selalu pemancing harapkan. Namun rumah rakit ala resort ini amat sesuai bagi kita serta keluarga untuk beriadah sambil makan-makan, makanan boleh kita pesan dari restoran yang ada menyediakan makanan laut segar terus dari sangkar, dan kita juga boleh bermalam di atas rumah rakit tersebut dengan kadar bayaran yang berpatutan.kepada yang berminat kunjungilah Rumah Kakit Titian Jaya Kongkong Masai. untuk tempahan sila HUBUNGI (013-7667444 - Borhan) (017-9947566)
To' Lee

Ahad, 22 Mei 2011

Memburu Sembilang




sedang ramai orang sedap2 tidur, tapi ada ramai lagi yang bersengkang mata dengan bebagai tujuan. Memancing sembilang..sembilang dikatakan gemar keluar mencari makan diwaktu malam, namun tidak dipastikan sebab2 yang kukuh boleh dikatakan disini mengapa MALAM ?..yang pasti memancing diwaktu malam sunggug mendamaikan dengan keadaan cuaca yang dingin dan keadaan yang tenang..namun ianya perlu mempunyai kesabaran yang kuat untuk terus menanti sentapan sembilang yang kadang2 tidak pasti bila akan mengena umpan..dan menahan dari gigitan nyamuk serta menahan ngatuk..uwaaa..!! Kemarin beberape ahli kelab sempat turun ke satu lokasi yang hampir iaitu sekitar pasir gudang, dan cuba menguji joran serta menguji kesabaran diri memancing diwaktu malam, walau bukan kali pertama ahli kelab turun memancing malam, keadaan disini ada bezanya. Memancing diwaktu malam haruslah berhati hati, banyak kemungkinan boleh berlaku jika kita lalai dalam menjaga keselamatan, rupa2nya bukan kami saja yang asik mengedap sembilang, ular air atau ular bakau pun turut mencari mangsa..perlu diingatkan ada ular yang peka dan megejar cahaya lampu yang disuluh kearahnya..maka berhati hatilah.

T0'Lee

Sabtu, 19 Mac 2011

Inilah hasilnya



Cuba anda bayangkan jika inilah hasilnya yang anda bawa pulang!! tentu isteri anda tak banyak tanya bila anda nak turun ke laut lagi..maka, usahakanlah supaya anda akan senang2 dapat keizinan untuk pergi..saya tahu caranya..hehe.
kata kawan2 ketika ini time ikan besar2 keluar, saya pun tak pasti apakah ini benar atau ada kesanya dengan tsunami di jepun.? Apa pun jika anda nak turun ke laut juga ketika ini, berhati-hatilah terutama di laut sebelah Timur Malaysia. pastikan keselamatan diri, ingatlah orang tersayang (macam pesanan penaja lak). sekarang ni pun, cuaca sangat tak menentu..sering hujan disebelah petang.Kepada kawan2 kelab joran, pastikan hari Keluarga kelab yang ke 2 terlaksana bulan hadapan.

Ulang Tahun Kelab Joran TMA yg ke 2.
Cadangan tarikh :17 April 2011
Tempat :Padang Futsal
Waktu : Jam 9.00 pagi

T0'Lee

Jumaat, 4 Mac 2011

Bot-bot sewa dan rumah rakit untuk memancing





Perkhidmatan sewa bot dan rumah rakit..selesa dan pasti anda puas hati..untuk tempahan, boleh hubungi :- 019-7411 789 (Pak Abu)

Khamis, 3 Mac 2011

joran joran kesayangan ku



sepanjang berkecimpung dalam bidang pancing memancing, kail mengail ni, inilah joran2 kesayanganku..jaga abis tu..setakat ni ikan terberat yg aku tewaskan, pari 3.2kg..emm itu pun dah puas hati hihi..

Ahad, 9 Januari 2011




8hb. jan. 2011 jam 5.15 ptg. aku dn enam org rakan lain sampai dijeti Pak Abu di kong kong laut, dalam daerah Johor Bahru Tengah Masai..dua orang rakan yang baru pertama kali turun ke laut teruja bila melihat deretan bot yang menanti penyewa2 untuk memancing. Aku sebagai ketua rombongan memancing rumah rakit mengarahkan rakan2 menurunkan barang2 serta peralatan memancing ke jeti, semantara aku beurusan dengan istri Pak Abu untuk membeli upan udang hidup serta ruat (sejenis cacing laut)..jam 5.35 ptg, dua bot telah membawa kami ke rumah rakit yang jaraknya dari jeti lebih kurang 3 KM ke arah muara sg. Johor. Angin petang yang menyusuk tubuh amat terasa hingga ke tulang, "baru teringt aku tak bawa baju tebat kerana malam mugkin lagi sejuk"..suasana rumah rakit amat tenang menati kehadiran kami..semua antara kami tidak langsung membuang masa untuk memulakan pembalingan pertama kedasar laut bagi menguji siapakah yang kenaa..hehehe. setelah setengah jam memancing, jeng jeng jeng..akulah orang pertama yang menaikan ikan gelama sebesar tiga jari kahkah..apa pun ia amat baik untuk memulakan pemancingan..ke dua angah setiausaha kelab dengan dagok seberat 250g..(hehe timbang ke?)..Malam berlabuh, dikaki langit mendung angin malam magkin dingin, hujan mula rintik2..ada antara kami resah sebab belom naik seekor ikan pun..namun jelas terbayang kepuasan berada dirumah rakit Pak Abu.

Penulis To"Lee

Ahad, 2 Januari 2011





walaupun angin kuat ketika ini, mancing tetap mancing huhu..(20 Dis. 2010) dapat x dpat blkang cerita..yg penting kepuasan n seronok.
..::SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB JORAN::..(KEJOMA)